SwEEt

Sunday, December 18, 2011

Back To December

Disember datang lagi walaupun sudah di pertengahan, bagi penghunjung tahun yang kita lalui. 

Tapi kisah hidup yang dilalui saban hari yang hampir sama masih belum berpenghujung dan belum bernokhtah lagi.
 Perlu mempunyai azam dan tekad yang kuat untuk terus laluinya. 

Disember dengan pelbagai diari kehidupan yang telah tercipta dan bakal dicipta.

 Hari-hari yang dilalui penuh dengan keindahan dan keseronokan, tapi perlu adakah kesedihan itu. 

Jawapannya...... 
Ya
 pasti ada dan perlu, untuk melengkapkan sebuah diari kehidupan tersebut.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang

Seorang ibu membesarkan 4 orang anak yang mengharapkan anaknya itu dapat menjaganya di usia tua kelak. Satu pengharapan yang tinggi terhadap anak2nya. Mungkin ibu tidak mahu dan meminta sebarang balasan diatas khidmat yang dicurahkan selama kita hidup, cukup la sekadar menjaganya dengan baik seperti ibu menjaga kita dengan baik sehingga menjadikan kita seperti sekarang. Jasa seorang ibu melebihi segalanya didunia ni, tanpa ibu tidak mungkin kita dapat melihat dunia yang terbentang didepan mata seperti sekarang, mengenal apa itu kegembiraan,  kesedihan, kejayaan, dan kegagalan. 

Bila semakin hari, semakin tua seorang ibu itu, mampukah kita menjaga seorang ibu yang selama ini mendidik, merawat, menjaga, membelai, mencuci, menyuap, dan memicit kita dulu. Mungkin kita akan cakap kita boleh dan sanggup bila persoalan itu diajukan sekarang. Bila tiba pada waktunya ramai yang menolak ibu ke rumah orang2 tua, tiada masa untuk menjenguk ibu di kampung, tiada masa untuk memicit ibu, tiada masa menghantar ibu ke pasar dan membuat ibu bersedih akan kelakuan kita yang buruk.

Bila sudah kehilangannya, baru kita terasa akan fungsi seorang ibu dan merasakan betapa pentingnya seorang ibu dalam hidup kita. 


04/11/2011
SELAMAT HARI LAHIR MAK




 Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya..Amin..

Friday, November 4, 2011

November Tiba, Oktober Berlalu

Selamat tinggal wahai bulan Oktober yang memberi satu makna yang belum pasti. Sukar untuk menjawab semua teka-teki yang berlaku didalam kehidupan seharian. Kadang2 teka-teki tersebut senang untuk diramal dan dijangka. Tetapi selalunya memang sukar.

Selamat datang wahai bulan November yang bakal memberi 1001.........
keceriaan, 
kemanisan, 
kegembiraan, 
kesedihan, 
kepahitan, dan
kekecewaan dalam hidup.

Biar lah kita diselubungi dengan pelbagai kemungkinan yang bakal tiba dan terjadi pada masa ini, kerana dengan kemungkinan tersebut membuatkan kita lebih kuat untuk mengharungi pelbagai perkara di hari mendatang. Jika tidak berlaku kemungkinan hari ini, maka tiadalah kemungkinan di hadapan.

Jika ingin menangis hari ini, menangis lah sepuas-puasnya, kerana esok kita sudah boleh bangkit semula dengan azam dan tekad yang baru. Jangan biarkan perasaan sedih dan malu menghantui kita selama-lamanya, kerana perasaan tersebut boleh membuatkan kita jatuh dan tersungkur tanpa kita sedarinya.

Setiap manusia diberi rasa tersebut untuk hidup. Tanpa rasa tersebut tiada makna sebuah kehidupan yang kita lalui ini. Jadi harus menikmatinya sebaik-baiknya selagi ia tidak menjatuhkan diri sendiri.

Monday, October 31, 2011

Mereka Kahwin, Kami Bergambar

Bersyukur

Selamat sudah seorang lagi saudara aku mendirikan satu masjid impian mereka. Tarikh 29/10/2011 ialah majlis menyambut menantu bagi pihak lelaki iaitu pihak belah aku. First time pakai baju sedondon satu family besar. Tapi ada jugak yang tak sedondon. sebab munasababnye baju yang buat dah tak muat nk pakai. Al-maklum la baju tempah berbulan2 lamanye, mana nak muatnya baju tu kat badankan. Dengan hari raya, senang hati, melahirkn baby lagi, mana la tak naik badankan. Nasib baik la badan aku maintain. hahaha... ataupun makin mengecil. Itu aku tak pasti.

Now, berusaha untuk menaikkan berat badan dengan pelbagai kaedah dan strategi yang baru lebih efisyen dan mudah. Tension kot selalu org ckp makin kurus n makin kecik. Ke diorg yg makin besar. Mungkin dengan cara2 ni boleh tolong.

1. Selalu membuat senaman sehari dalam seminggu atau workout
2. Makan makanan yang berprotein tinggi
3. Tidur yang cukup
4. Makan secara teratur
5. Mengambil suplement tambahan atau minum susu
dan paling penting.......
6. Terima lah diri sendiri seadanya.

Berbangga dan bersyukur dengan tubuh badan yang sihat itu lebih penting. Asalkan hati senang dan gembira.

Thursday, October 27, 2011

Rentak & Ritma Hati

Sehari, Seminggu, Sebulan, Setahun... masih ada kah  ruang waktu untuk diri sendiri berfikir untuk mendapat yang terbaik dalam hidup. 

Jangan terlalu percaya dan yakin apa yang kita ada dan dapat hari ni akan berkekalan sampai bila2. Harus ingat hati punya rentak dan ritma yang berbeza2 setiap saat. Hari ini kita berjaya menaklukinya kerana kita tahu rentaknya tapi akan datang rentaknya susah dikawal dan dijangka. Jika kita bijak mengawalnya maka bolehlah bersorak riang. Tapi jika gagal mengawal rentak dan ritma hati tersebut maka harus akur kita bukan lah pemain yang baik. Harus berusaha lebih gigih lagi untuk memahami dan mempelajari rentak tersebut dan jangan cepat mengalah dan jatuh. Berusahalah untuk menjadi seorang pemain yang baik. Mungkin hari ini gagal, tapi bukan selamanya kita gagal dalam menguasai ilmu hati. 

Apa yang telah tersurat itu lah hak kita yang pasti. Tidak perlu menyerahkan segalanya selagi hak itu bukan milik mutlak kita yang pasti.




Monday, October 24, 2011

Masa Depan

Pernah tk kita terpikir dalam hidup kita sebelum nie, kita akan menjadi sepertimana yang kita ada sekarang, dan sekarang pernah tk kita terpikir apa yang akan kita ada dimasa akan datang? Susahkan nk menjangkau masa. Tp kita blh tawan masa dengan berusaha mencipta satu demi satu yang kita inginkan untuk masa depan.

Harus jujur pada diri sendiri
Harus percaya dengan kebolehan diri
Harus bijak untuk menilai
Harus kuat dan berani untuk bertahan dalam apa jua rintangan
Harus memaafkan kesilapan orang lain
Harus berdoa untuk diberi jalan yg lurus
dan...
Harus bertawakal dengan segala apa yang diusahakan...

Sunday, October 9, 2011

Boneka

Berusaha untuk menjadi seorang yg sempurna dimata orang lain. Tapi setiap yg diusahakan tiada seorang pn yg menghargainya.

Semakin berusaha untuk menjauhi dari segala2 yg berlaku. Semakin ia menghampiri dan memberi sesuatu yang sukar diramal oleh minda dan suatu pengharapan yang sia2.

Adakah suatu penantian yang ditunggu, berbaloi2 atau hanya sekadar angin lalu menyapa dan menghilang.



Susah nk faham perangai orang.. Orang pn susah nk faham perangai kita.

Sunday, October 2, 2011

Kenikmatan Hidup

Dunia yang terbentang di depan mata, harus diterokai sebaik-baiknya. Gunakan akal dan fikiran yang dicipta untuk berfikir baik dan buruk sesuatu. Jangan sia-siakan masa yang ada untuk menikmati.....

Setiap Saat Waktu Berputar 
Setiap ruang kebahagian
Setiap inci kesedihan
Setiap sudut kejayaan
Setiap hasta kegagalan

Setiap apa yang kita nikmati ini, bakal menjadikan kita manusia yang kuat, tabah, cekal dan sentiasa positif dalam setiap kehidupan yang bakal kita hadapi.

Saturday, October 1, 2011

Mencari Erti Sebuah Kehidupan

Alhamdulillah hujan rahmat turun menunjukkan diri yg sebelum ni bersembunyi di sebalik awan.
Berdiam diri, menyepi, dan menghilang bkn la jalan penyelesaian dari sesebuah masalah. Hadapi dan terus hadapinya walaupun bakal menerima kesakitan. 

Tetapi berdiam diri, menghilang, dan menyepi juga bukanlah bermakna tewas tapi......
Mencari identiti diri,
Mencari sebuah mimpi di alam realiti.

Friday, September 2, 2011

Merdeka Raya

Assalamualaikum...
Sungguh bertuah kita tahun ni kn dapat menyambut 2 sambutan sekali gus.

PERTAMA
Sambutan Hari Raya
First of all, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua. Raya tahun ni rasanye tidak la semeriah tahun2 lepas. Kalau nk cakap meriah tu, meriah lagi masa2 kecik dulu kn. Rindu pulak rasa masa kecik2 berhingus dulu, punya semangat bangun pagi2 tu pn mak yg kejutkn. Mana tknya nk menunggu giliran mandi tu dh berapa jam kn. Yela sanak saudara ramai kemain kena la tunggu beratur dn bersusun kt tepi tangga masing2 menunggu giliran. Dah wangi2 tu pakai baju raye yang sedondon dengan adik, memang dulu selalu mak beli sama je. Kalau dulu tu memang terasa diri paling cantik dan lawa la dari semua orang. Siap bersalam dengan semua get ready ke rumah kawan. Paling suka dapat duit raya la kn, sanggup berjalan satu kampung untuk kutip duit raya. Suasana dulu dengan sekarang jauh berbeza. Walaupun sekarang still dapat duit raya.  = ). Tak terasa nikmat beraya pun kalau sekarang ni. Tapi pape pn tetap bersyukur dan seronok dapat menyambut raya dengan keluarga tercinta.  

KEDUA
Sambutan Hari Merdeka
Juga nk ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Tahun ni sambutannya tidak la semeriah tahun2 lepas. Sebab 31Ogos jatuh pada hari raya ke2, makanya sambutan ni tersembunyi disebalik kemeriahan berhari raya. Tapi rasanya semua masih mengingati tarikh penting ni dan perjuangan hero2 kita untuk mendapat dan mempertahankn kebebasan tanah tumpah darah kita ni. Sungguh berbangga dan bersyukur dapat dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai berbanding negara2 lain yang lebih teruk lagi. Malaysia juga sungguh unik kerana kita hidup dalam satu bumbung yang berbilang bangsa dan agama. Kalau boleh semua orang haruslah menghargai hero2 kita yang berhempas pulas mendapatkan kebebasan untuk kita. Jadi haruslah mempertahankan bumi, diri, minda dari dijajah lagi. Merdeka...Merdeka...Merdeka...


TataTitiTutu ^ ^

Friday, August 19, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Hari ni Ramadan yang ke19, pejam celik pejam celik dah nk dekat raya kan. Cepat masa berlalu meninggalkn kita yang masih terhegeh2 mengejar dibelakang untuk mendapatkn apa yg dicari didunia dan yg kekal abadi, akhirat sana. Apa yg dilakukan setiap hari semua dinilai baik atau buruk. Semua perancangan kita telah ditentukan sebaik-sebaiknya oleh Dia. So harus la bersyukur apa yang kita ada hari ni.

 Kisah benar :
 'Ibu nanti ada ke orang nak sembahyangkan jenazah adik'
 ' Insyallah mesti ada adikkn anak yang baik'
'Ibu adik takut nk tengok malaikat maut'

Kata2 tu saya masih ingat sampai sekarang. Walaupun dh lebih 4bulan Allahyarhamah meninggalkn dunia. Dari pandangan saya, Allahyarhamah seorang insan dan anak yang solehah, baik budi pekerti dan tutur bahasa.

Tengah bersiap2 untuk ke tempat praktikal pagi tadi, terdengar wawancara di Tv yang menyatakan seseorang yang mengingati mati merupakan seseorang yang cerdik dan pandai. Contohnya kebanyakan orang cina ramai yang mengingati mati dengan dorang akan spendtime duit untuk membeli tanah kubur mereka yang mahal. Tapi saya rasa, kita juga masih mengingati mati cuma kadang2 terlupa. 

Saya tidak la sebaik mana tapi berusaha untuk kearah kebaikan. Moga2 diberi jalan yg lurus, hati yg tenang dan dipermudahkn segala urusan buat saya, keluarga, kawan2 dan semua.

p/s : Bila pula giliran kita akan pulang?

TataTitiTutu ^ ^


Monday, August 8, 2011

Tips Diet Plus Berhenti Merokok

Assalamualaikum..
Hai semua. Aduh.. tekak ni melambai-lambai minta dibasahkn dengan air sejuk dalam peti sejuk tu kalau tk pn, air tk sejuk  pn jadi la. Dasar tekak tk tau yg hari ni puasa. Nk tk nk kena la tunggu waktu berbuka nnt. Buat masa sekarang jadi santapan mata je la ye tekak.


Seperti yg kita tau bulan ramadan banyak kelebihannya. Salah satunya ialah diet yg paling berkesan. Kalau bulan biasa tu boleh fikir2 lagi nk diet ke tk, tapi bulan ni memang dikerahkan semua berdiet rajin ke malas. Jadinya boleh la semua mendapat bentuk badan yg ideal. Tapi kalau badan yg memang slim molek macam Ejan ni nampak gayanya tinggal tulang la jawabnya.

Kepada majoriti kaum adam tu boleh la berlatih mengurangkn menghisap rokok atau lebih baik berhenti terus. Menurut kajian setiap sedutan membawa maut. Bukan saja kepada si perokok, malah lebih teruk lagi kepada si penghidu. Rasanya kebanyakan orang dah tau kn tentang fakta tu. Bukan sahaja dapat mengurangkan penyakit, nafas dan mulut juga akan sentiasa segar dan nyaman tanpa pencemaran.

Untungkan..Banyak betul kelebihan bulan ni. Korang semua boleh la menjadi lebih sihat, kuat dan cerdas untuk mintak duit raya nanti.

TataTitiTutu ^ ^

Sunday, August 7, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Hari ni dh 7hari berpuasa, belum terlambat lagi nk ucapkan "Selamat Berpuasa". Alhamdulillah kerana masih diberi keizinan untuk merasai bulan yg cukup mulia dan penuh dengan keberkatan. Marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran yg telah dijanjikan sementara masih ada waktu.

Kepada semua dan juga kepada diri sendiri jangan la menjadikan bulan ini sebagai alasan untuk bermalas-malasan.


Tingkatkan prestasi kecerdasan anda dengan
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.




 Perbanyakkan sedekah.
Senyuman juga merupakan sedekah yg paling manis dan boleh mengubati hati orang lain.

 

TataTitiTutu ^ ^

Saturday, July 30, 2011

www.citranurqaseh.blogspot.com

Assalamualaikum..




Comel kn header ni. Thanks 2 ChocolateStrawberry a.k.a Lysa sebab sudi bertungkus lumus mengerah keringat (ececeh ayat....) beliau menyiapkan header yang super super super comel ni. Anyway header yg comel ni dh berkurun tertempek dekat blog ni tapi hari nie baru nk buat tribute untuk CikChocolateStrawberry. Huh....sungguh tk mengenang budi. Thanks a lot of love very much la for ChocolateStrawberry althought dh basi sampai berulat dan patut kena buang dalam tong sampah dah pn. So sesape yg berminat boleh la terjah blog beliau ok.

TataTitiTutu ^ ^

Super Duper Weekend

Assalamualaikum..
Sabtu dan Ahad yg sungguh sungguh sungguh menyeronokkan. Hari Sabtu baru ni member2 ajak main futsal, memang best gila sebab lame tk main. Lagi best aku dapat jaringkn gol 2kali. Huhu....macam tk percaya je kn tapi tu la hakikatnya. = ). Sampai lenguh2 kaki dibuatnya.

 korang semua memang best n sempoi la

Hari Ahad bertukar menjadi seorang ratu cantik yg tk berapa nk cantiknya. Kakak angkat n mak saudara yg tersayang ajak jadi model makeup mybe tk dapat cari orang kot. So yg menjadi mangsanye Cik Ejan ni la ratu cantik (perasan lebih). Tengok la sendiri hasil Hamidah MakeOver ni ye cukup2 SUPERBBB.


 ni la jurumekapnye.. sape2 nk make over masuk la kelas beliau

 Hamidah a.k.a akak angkat

Salihan a.k.a my lovely untie

hasilnye si ratu cantik (ececehh..)

Bukan setakat jadi model je siap dapat barang makeup lagi.





p/s : Aishh..aku nk buat apa dengan barang makeup nie semua, bukannya aku pakai sangat pun.


TataTitiTutu ^ ^

Thursday, July 21, 2011

Boleh Pulak Terlebih

Assalamualaikum..
Tk sabar nk balik rumah ni, cepat la pukul 5.30pm. Yahoo kita enjoy. Sebelum balik ni harus la post entry dulu sekali-sekala. Saje mengisi masa terluang. Anyway, semalam boleh plak ramai orang nk pergi GoGenting, mcm tau2 je yg I handle. So elok dalam name list 43org muat2 satu bas, boleh plak terlebih 2org. Pelik bin ajaib. Nasib baik la dapat diselamatkan dengan untie tu berbaik hati tk nk pergi. Thanks untie jasa mu dikenang. Wah gitu, harus la kn.

TataTitiTutu ^ ^

Monday, July 4, 2011

Satu Habuk Pun Tak Faham

Assalamualaikum.
 Hari ni dah 4hb Julai, bermakna semua kawan2 akan menjalani Latihan Industri dekat tempat pilihan masing2. Jadinya Good Luck untuk kawan2 semua dan Take Care. Harap semua boleh menyesuaikn diri dengan persekitaran kerja yang sebenar. Anyway 29hb Julai hari tu aku dh start awal LI, so tk ada la dupdapdupdap sangat kn. Tapi tu la pergi sana cakap cina, pergi sini cakap cina. Sesak kepala otak. Nasib badan la siapa suruh pilih tempat cina kn. Tapi tk ada la teruk mana pn, boss ok, ayah boss ok, driver ok, Chuan kawan satu kerja ok, dan tk lupa untie n uncle sekitar office pn ok. Ok la dari tk ada kn.

TataTitiTutu ^ ^

Monday, June 20, 2011

Lot's Of Love

Assalamualaikum... 19/6/2010 Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 yg ada di dunia ni especially Rohmat Bin Amin a.k.a Pak. Sayaaaang Pak sangat2.
Walaupun ayah kita tk menunjukkan rasa kasih sayang mereka dengan nyata or zahir tk bermakna ayah kita tk sayang kita. Buktinya dia akan selalu memenuhi kemahuan kita bila kita memerlukan, walaupun terpaksa dia berhempas pulas untuk mendapatkannya untuk kita. Walaupun yg selalu call kita bila kita jauh ialah mak, tapi tk bermakna dia tk ingat kita. Buktinya dia selalu bertanya mak macam mana keadaan kita bila duduk jauh, sihat ke? cukup duit ke? macam mana belajar kita, ok ke tk?.
Sebenarnya dalam diam dia menunjukkan kasih sayang dan selalu ingat kita bila duduk jauh.
"Mulut tk perlu bersuara bila hati dh berkata2" Thumbs up to pembikin ayat ni memang power. Kepada kawan2 yg telah kehilangan insan tercinta di muka bumi ni jangan anggap kita telah kehilangannya, sebenarnya dia masih ada dalam hati kita. Banyak2kan sedekah Al-Fatihah untuk mereka moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Doa anak yang soleh tu penting. Amin..

Monday, June 13, 2011

Pening Pening!!

Assalamualaikum...
Hi... Holla... korang semua. Sihat? kalau korang semua sht, alhamdulillah. Apa, korg tk sht? kalau tk sht pergi cepat2 check n mkn ubat ye, takut melarat nnt. kn dh susah.
Kenapa pening? pening sbb sakit kepala ke? pening sbb blog tk update ke? pening sbb tk ramai follower ke? semua pn tk la. Anyway tkde la niat nk jd sefamous blog2 korang semua kn2. But tk ramai follower pn tk pe janji kite happy. betul tk ?. Kepada cute+smart tu yg dh mengikut or menfollow blog yg tk famous ni thanks sgt2 ye korang. 

 Untuk Cute+Smart (credit to Google Images)

 .
.
.
.
.
.
.
.
.



Sebenarnya bukan la pening sbb ape, lg 3minggu je nk masuk bulan7. Bila dh masuk bulan tu dh tentu2 aku kena buat Praktikal or senang cite Latihan Industri la. Bukan la sebab aku tk ada tempat LI ke, tk ada rumah sewa ke, semua tu dh settle pn. Aku cari tempat LI yg dekat dgn rumah je senang ulangalik dari rumah je. Duit sewa pn tk payah bayar, makan minum jamin ditanggung beres. Bukan apa, sbb sekarang ni byk sgt benda nk buat, takut LI nanti terganggu plak. Mana nk amik lesen lg, nk amik khusus BI lg, khusus BI ni pn tengah bermain2 riang dalam kepala otak ni nk masuk ke tk. Bukan senang nk masuk khusus ni dengan yuran yang murah. Lagi pn senang kalau kita tahu n praktikkan bahasa kedua terpenting ni. So pape pn tengok je la mcm mana nanti. Let me think first ok.     

Tata ^ ^

Wednesday, June 8, 2011

Sangat Gembira Dengan Family Tersayang

Alhamdulillah result final exam dh lama keluar, so far so good blh la nk hidup kn. Alhamdulillah juga untuk adik aku sbb berjaya bergelar pelajar UiTM. Actually, seronok dapat spend time dengan family ke Pulau Pinang Pulau Mutiara, negeri yg di iktiraf oleh UNESCO Bandar Warisan Dunia. Juga mempunyai jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara, WOW.....sangat bangga la jadi anak Malaysia kn. Apa yang best kt sana? anyway banyak tempat yang menarik kt sana utk pergi eventhough, aku kt sana tk la melawat tempat2 yang best pn tapi still happy. Makanan dia pn tk lupa juga dengan asam laksa, nasi kandar dan dan dan pasembor yang paling penting. So, cuti sekolah yg ada lg ni moh la kita Cuti-Cuti Malaysia ye dok.  :  )

Layan je la dgn pixta2 ni ye..... ^ ^







Peace Not War.....

Sunday, May 8, 2011

Lot's Of Love

SAYA CINTA AWAK
I LOVE U
我爱你
मैं तुमसे प्यार करता हूँ

8 Mei 2011, Ahad. Selamat Hari Ibu buat mak yang tercinta n semua ibu2 di seluruh dunia. Muahhh.....

Saturday, May 7, 2011

Cuti-cuti, Jalan-jalan

Ok aku saje nk publish hasil kerja aku ni. Buat punya buat ni la dia hasil dia. TaDaa.....




Actually nk buat apa dengan benda alah ni semua kan. Bukan aku punya la anyway for my lil sister, folio for subject sains dia. Aku tengok dia buat so simple just tampal gambar n backround dia kosong. Simple gila. Tu la adik aku sorang ni pemalas dia, haram.... last minit buat cam tu la. Aku tengok kesian n sadis je folio dia macam tu, aku amik n tolong la tambah apa2 yg patut, walaupun tk la secantik mana, tp dari di biarkan kosong camtu baik la aku touch up pape yang patut. Aku kalau bab2 cam ni memang suka, tidur lewat pn tk apa.


Semalam shopping2 untuk raya. Ops..terlalu awal sgt kn untuk shopping raya, puasa yg perlu topUp pn belum lagi. hehe... = p . But ok apa prepair awal2, mana nk cari tukang jahit yang terpower lagi kn. Tk de la time raya nanti pakai baju kitar semula. Anyway tu semua ayah yg tercinta la yg ajak pergi shopping bagai semua. So, semalam tengah pilih2 kain terdengar orang panggil aku. Aik...famous sgt ke aku ada orang kenal ni. Perasan... Tengok2 member kelas aku kerja situ, jauh betul dia merantau semata-mata nk kerja. Tk macam aku ni pemalas. hehe.. Apa2 pn perjalanan yg fun semalam with my family. = )


Sunday, May 1, 2011

Terfikir Masih Ada Ke Orang Macam Tu ?

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

p/s : aku rasa still ada orang macam tu tapi dalam 100 mybe 1....

Friday, April 29, 2011

Bersusah-payah Dulu, Bersenang-lenang Sekarang

Akhirnya sekarang aku dh ada di rumah ku syurga ku ni, setelah berhempas pulas memerah otak. Lega sangat2 rasa. Just tunggu je la nanti result dia macam mana o.k ke k.o. Last paper hari tu, Law memang killer subject  for my class, aku rasa la. Kepada kawan2 tu tahun depan kita jumpa lagi, enjoy for holiday. So sepanjang cuti ni aku tk ada plan nk kerja pn just duduk rumah tolong mak yang tercinta je. Itu pn kalau tolong, sesunguhnya aku memang seorang yang pemalas... = ) . Semalam keluar makan dengan family sambil2 celebrate birthday my Along. Happy Birthday along, semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki n diberkati hendakNya. Amin...     

Friday, April 15, 2011

Al-Fatihah

Innalillahiwainnailaihirojiun.... Takziah kepada kawan ayah aku kerana pemergian anak perempuan beliau, juga kepada kawan2 yang lain yang telah kehilangan orang tersayang. Anyway, aku kenal arwah masa aku di tingkatan4, kebetulan arwah adalah anak kepada kawan pejabat ayah aku. Sebelum ni aku memang pernah dengar ayah aku cakap yang arwah sakit tiba2 dan dimasukkan ke hospital, dan baru tadi aku dengar arwah telah meninggal dunia hari ni pada 14/4/2011. Setiap yang hidup pasti akan pergi juga kepada penciptanya. Kita yang hidup ni mesti teruskan penghidupan dan muhasabah diri sendiri termasuk la diri aku ni. Kadang2 tu kita sebagai manusia lupa yang hidup kita hanya sementara, dan yang kita tau hanya keseronokan di dunia semata2. Kematian tk semestinya kepada orang tua saja tapi orang muda juga tk terlepas dari kematian ni. Bila ajal kita dah dekat, dimana2 pn Dia boleh tarik balik apa yang telah diberi, dengan keadaan yang bermacam2, althought duduk di rumah sambil menghadap lappy ni pn. Apa pn Al-Fatihah kepada arwah dan yang lain yang telah pergi. Al-Fatihah....

Renung2kan dan Selamat Beramal.

 p/s : terutama kepada yang empunya diri ni.

Sunday, April 10, 2011

Final.. Coming Soon

Pejam celik, pejam celik dah nak final exam. Rasanya sekejap je (padahal lama je rasa). Tapi satu habuk pn tak masuk dalam kepala otak ni...zero. Tapi apa pn aku try the best for this sem. Bermakna next sem dah praktikal, macam mana la ye nanti. Tapi tu cerita 'lambat' lagi, yang cerita 'cepat' ni kena utamakan. Takut, tapi dalam hati dah excited gila nak balik rumah ku syurga ku ni.. Anyway wish me luck !!!  =  )  .


Monday, March 28, 2011

Help Me To Stop Use Money

Hye....
Fuh... This Sem so lot money aku keluar untuk bende2 yang tk penting. Setiap kali nak spend money, setiap kali tu juga ada je bende yang menghalang. So, finally aku terpaksa menahan mulut, mata, telinga, tangan dan kaki dari anything yang akan mengeluarkan duit. Hopefully done..   (-,-)





Thursday, March 17, 2011

Why Why Love

Cuti seminggu ni semua member aku balik, tinggal la aku 2 orang je. Malas la rasa nak balik buat memenatkan badan je naik turun bas. Lagipun mak aku yang tercinta dah pesan "angah lepas ni tak payah balik dah"  huhu.. Sebagai anak yang mendengar kata aku ikut je la. Bukan apa kalau aku balik pun buat menghabiskan duit je baik la aku tak balik, lagipun tinggal lagi berapa hari je nak final exam, lepas ni duduk je la rumah sepuas2nya.. hahaha... :  ) . So, waktu2 bosan macam ni la habis semua cerita aku tengok, termasuk la cerita ni...




Why Why Love... Not bad. Hero n heroin dia pun comel2, tu yang syok nak tengok    ( ^ _ ^ ) . Try la tengok kalau nak tau best or tak.

Wednesday, March 16, 2011

Misi Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum... Semalam sampai rumah dalam pukul 3.00 a.m lebih dari KL terus tak tidur sampai la abis kelas. Mengantuk gila. But still sweet kot pergi kelas dengan aksesori tudung, mana taknya this week kena buat Marketing pula for my subject. So sebelum kita nak jual kepada orang kita kena cuba n buat pembaharuan dulu baru la ada pengikut dan menjadi ikutan ramai. Kiranya macam promosi la untuk barang kitorang ni. Sampai2 je kelas ramai yang bagi respon baik dan juga yang tak best untuk dengar. But peduli apa dengan dorang semua, janji barang kitorang laku n pusing modal.



Turun KL semalam misi mencari selipar kuning akhirnya berjaya.. haha  : ) . Bukan setakat tu je, aku ni tamak sebenarnya baru aku tau. Kenapa aku cakap tamak, tengok la sendiri...



Tak tau la bila aku nak pakai selipar2 ni. Last2 selipar ni buat koleksi je kat rak kasut. Harap2 tak la.  : )

Saturday, March 5, 2011

Gila Gila MICE

Assalamualaikum.. MICE oh MICE kenapa la terlalu merumitkan sampai pening2 kepala nak settlekan. Mana nak kena siapkan booth, nak berurusan dengan pihak yang buat banner lagi, sampai dua, tiga kali pergi sebab nak confirmkan betul2 dia punya maklumat. Mana tak nya bila dah confirm maklumat dekat banner mesti ada je yang kena ubah semula atas sebab2 tertentu, sampai orang kedai tu dah menyampah tengok muka kitorang ni. Nak buat macam mana dah tugas kena la buat. huhu.... Belum Pengarah Projek n T.Pengarah Projek, lagi la sampai demam2 dibuatnya, kesian diorang. Walaupun subjek ni menyesakkan kepala otak tapi tetap berguna untuk kitorang n sekurang2nya banyak benda yang aku dah belajar.Tengok la sendiri hasilnya setelah berbulan-bulan bertungkus-lumus for event ni.

  Hasil banner yang aku settlekan untuk hari program tersebut. Thank you soooo much to Mzek yang reka grafik for banner ni. Sangat cantik...


Ni pula hasil booth Hulu Terengganu yang aku n member, Fatin Diana with Halim Fikri yang mempercantikkan. Tengok la sendiri hasilnya walaupun tak la secantik booth2 lain but still cool n sweet. hehe2.. I like   : )   
  

Dup3 sesi Disember 2010 you all the best la



Friday, February 18, 2011

Misi Mencari Cinta

Asssalamualaikum..
Huh.. dah lama rasanya tk menulis something kt blog tk berapa nk popular ni. Lately, terlalu sibuk dengan assignment yang tertangguh walaupun dah berabad lecturer bagi, last minit baru nak buat so macam ni la jadinya kelam kabut n sentiasa tiada masa (walaupun sebetulnya banyak sangat waktu free). Saja nak buat2 busy. Mana dengan projek MICE nya lagi yang nak disettlekan n diclearkan sebelum hari program supaya pada hari tu berjalan dengan lancar. Hopefully berjalan dengan lancar la pada 2 Mac tu nanti. Amin... To my team a.k.a my class.. chaiyok2!!!. Berbalik kepada topik utama iaitu MISI MENCARI CINTA.. tak boleh bla dengan tajuk ni tapi saja nak tulis about this sebab aku pernah terbaca tajuk ni kt sebuah majalah tu aku rasa macam ada chemistry je dengan tajuk yang penulis artikel majalah ni tulis. Now i'm happy with status 'single'. Bukan bermakna aku tak suka lelaki but aku rasa belum jumpa dengan soulmate yang betul2 boleh jadi 'SUPERMAN' aku. Kadang2 tu aku terpikir juga aku ni jenis yang memilih ke? macam kawan2 aku cakap semua tu. Tapi aku rasa tk kot just belum jumpa superman tu. Actually, jealous juga tegok member2 bergayut sana, bergayut sini, bermesej sampai bengkak2 jari, ber3G sampai lebam2 mata. Diibaratkan je jangan kecik hati.. hehe..    : ). Mana dengan adik2 aku lagi, yang baru umur 12 tahun tu pun dah pandai bersayang2 mengalahkan kakak dia, tak boleh jadi ni. Sungguh aku JEALOUS........ But jealous tu tk la setinggi Gunung Everest pun sebab status single tu boleh buatkan kita hidup bebas dan aman.. haha..Peace Not War  : ).. Misi mencari cinta tu aku nak abaikan, aku nak biarkan cinta tu datang sendiri tanpa aku mencarinya. (wah skema pulak ayat aku kn). Lagipun selain cinta, banyak lagi misi yang perlu aku fikirkan n utamakan buat masa sekarang. Contohnya misi untuk merampas Anugerah Ketua Jabatan untuk semestar2 yang akan datang, kerjaya yang best untuk masa depan aku n misi yang paling penting ialah membeli selipar berwarna kuning. Kenapa warna kuning? saja suka. hehe2.. Emm.. but lain masa, lain ceritanya pulakkan. Hari ni aku cakap macam ni tapi aku tk tau pulak esok2 tetiba aku jumpa 'superman' tu. Siapa tau kan.      
So i want enjoy and appreciate every moment of my life.

Thursday, February 3, 2011

This Time 3/2/2011

Assalamualaikum.
Tadi aku pergi majlis tunang kawan aku masa zaman kecik2 dulu. Nama dia Khairul Bariah Bt Mua'ad, age 23th kira ok la kot dia tunang masa umur ala2 pertengahan ni. Tak la terlalu muda or tua sangat. Tak sangka kan kawan masa kita budak2 dulu n masing2 berhingus lagi dan sekarang dah besar2, (aku je yang tak besar2 lagi) n dah jadi tunangan orang pun. "Aku bila lagi". Tu persoalan yang penting. Hehe...  = ). Actually ramai gak member2 aku yang dah kahwin awal2, siap ada anak lagi. Apa2 pun semoga member2 aku semua yang dah 'bermasjid' tu always happy dengan couple masing2, especially to Khairul Bariah cepat2 la langsungkan tak sabar nak makan nasi minyak ni....


Khairul Bariah yang comel = )

Wednesday, February 2, 2011

Takdir @ Penentuan

Assalamualaikum...
Sukar kita nak menggambarkan masa depan kita kn. Kalau la kita tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang kn senang. Setiap orang diberi jalan hidup yang berbeza2, kadang2 jalan tu berliku dan berbengkang-bengkok macam jalan kampung, tapi kadang2 tu macam highway striaght dia. Apa yang aku idamkan semenjak dua menjak ni dimakhbulkan la hendak-Nya. Amin....

Tuesday, February 1, 2011

'Someone'

Assalamualaikum..
Emm...
Tetiba malam ni terasa rindu sangat kt SOMEONE... Aku harap Someone tu always sihat n happy. Rasa2 korang Someone tu ingat kat aku tak? I think 'someone' not thinking about me right now. But im still miss Someone tu. So apa2 pn just let go about the past Hadlizan Rohmat.   

Tuesday, January 18, 2011

Misteri Terungkai

Assalamualaikum
 Entry seterusnya ni menjawab persoalan dari entry yang lepas iaitu 'Vibrate Misteri'. 
So, kiranya sambungan dari entry sebelum ni la. 
Macam mana ianya terungkai? 

Macam ni ceritanya,
Vibrate Misteri tu datangnya dari seutas jam yang bernama Casio dan berwarna putih. 
Pemilik jam tersebut iaitu kawan aku.
Dia baru teringat yang jam tu memang bervibrate setiap sejam sekali. Kiranya jam tu boleh dikatakan canggih la jg dari jam2 yang lain. 
(Jangan la dia bangga dengan kenyataan aku ni...hehe)
Dia beli jam tu dengan duit gaji dia.. Menurut katanya... jam tu, jam termahal pernah dia beli dalam RM100 lebih jg kot. 
Sampai kena marah dek mak kerana beli jam semahal itu.
So, lepas ni tak ada la nak seram sejuk lagi dan mencari2 bunyi VIBRATE MISTERI tu lagi.. 
Selamat....

ni la jam yang misteri tu


Note : dah tak takut nak masuk bilik sorang2...

Saturday, January 15, 2011

Vibrate Misteri

Assalamualaikum.
 Entry yg seterusnya ni pula berbaur-baur misteri sedikit.
 misteri apa?

 Hari ini cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Biasala cuti-cuti mcm ni nak buat apa lagi, kalau bukan online.. sekaligus menyumbang kepada kerabunan. hehe..
 Orang cakap, sesiapa yang rabun dan bercermin mata mencerminkan kepandaian seseorang itu. Maknanya aku tergolong dalam golongan orang yang bijak pandai la. Tapi yang musykilnya aku ni pandai ke....aku rasa tak pun, buktinya aku tk pernah pun dapat Anugerah Ketua Jabatan macam kawan-kawan aku yang lain.....
 Mungkin hanya tanggapan orang sahaja. Ye lah orang yang bercermin mata ni lebih nampak nerd skit kot, dan kuat study,sebab tu la rabun....(Fakta or Auta).  : ) Jawapannya : mengarut lebih...hehe.
 Ok berbalik kepada story yang asal, kebiasaan cuti hujung minggu sentiasa dinantikan oleh housemate aku semua, al-maklum la dorang boleh balik, yela rumah masing-masing dekat.. senang la.
 Hanya aku dan beberapa orang housemate aku saja yang tinggal.
 Roommate pula aku dan kawan aku saja yang tinggal maknanya 2 orang la yang ada. Nak dijadikan cerita, tengah syok2 online terdengar plak bunyi VIBRATE PHONE. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku...
 Aku ingat phone dia yang bergetar, malangnya tidak.
 Bukan sekali tu je,
 rupanya baru aku perasan dah banyak kali dan beberapa hari aku dan kawan aku terdengar bunyi yang sama didalam bilik aku. Yang peliknya bila kami cari dimana datangnya bunyi tersebut...hampa. Tk ada pn.
Actually...
 Bukan hampa,
tapi bertambah keseraman didalam diri, dh la aku ni jenis yg 'penyengan' dengan cerita2 yang misteri cam ni.
 Bermakna malam ni aku terpaksa menyewa tidur disebelah kawan aku la nampaknya.
 Menyewa tanpa membayar.
 Kalau dia tak bg tidur kt sebelah dia pn aku tetap nak tidur juga. Huhu.....Itulah serba sedikit cerita misteri untuk kali ini. 
Tak tau la sesiapa yang membacanya menganggap cerita tu tak seram tapi bagi aku ianya tetap seram dan membawa kepada ketakutan...

"Usah Biarkan Hidup Anda Diselubungi Vibrate Misteri............."
Note : tk berani nak tinggal dalam bilik sorang2 dah.

Thursday, January 13, 2011

Budak Baru Belajar

Assalamualaikum.
Kepada semua yang membaca,
tk tau la kan ada ke tk yg sudi membaca entry dan melawat blog ni yg boleh dikatakan baru la jg.
Walaupun blog ni dah lama sign in just tk ada entry je yg menarik untuk di tulis. 
Memandangkan ada gesaan dari pihak tertentu yang memaksa  menulis sesuatu di blog ni (paksa ke..? rasanya tk. hehe...). Pihak tertentu tu sebenarnya kawan aku, dorang la yg menyuruh aku untuk aktif menulis dalam blog ni.
Bukan apa sebenarnya untuk menulis dalam entry ni memerlukan idea, kekreatiffan ayat dan mempunyai jari-jari yang rajin dan aktif untuk menaip..betul tak....? 
Tapi atas gesaan tu maka terhasil la entry pembukaan ni. Terima kasih kawan-kawan kerana kamu semua saya berjaya menulis sesuatu diblog ni.
Harap2 lepas ni ada lagi la entry untuk ditulis. INSYALLAH. 
Lastly..........
Bak kata pantun dulu-dulu,
"Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan"