SwEEt

Thursday, October 27, 2011

Rentak & Ritma Hati

Sehari, Seminggu, Sebulan, Setahun... masih ada kah  ruang waktu untuk diri sendiri berfikir untuk mendapat yang terbaik dalam hidup. 

Jangan terlalu percaya dan yakin apa yang kita ada dan dapat hari ni akan berkekalan sampai bila2. Harus ingat hati punya rentak dan ritma yang berbeza2 setiap saat. Hari ini kita berjaya menaklukinya kerana kita tahu rentaknya tapi akan datang rentaknya susah dikawal dan dijangka. Jika kita bijak mengawalnya maka bolehlah bersorak riang. Tapi jika gagal mengawal rentak dan ritma hati tersebut maka harus akur kita bukan lah pemain yang baik. Harus berusaha lebih gigih lagi untuk memahami dan mempelajari rentak tersebut dan jangan cepat mengalah dan jatuh. Berusahalah untuk menjadi seorang pemain yang baik. Mungkin hari ini gagal, tapi bukan selamanya kita gagal dalam menguasai ilmu hati. 

Apa yang telah tersurat itu lah hak kita yang pasti. Tidak perlu menyerahkan segalanya selagi hak itu bukan milik mutlak kita yang pasti.




No comments: