SwEEt

Sunday, November 6, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang

Seorang ibu membesarkan 4 orang anak yang mengharapkan anaknya itu dapat menjaganya di usia tua kelak. Satu pengharapan yang tinggi terhadap anak2nya. Mungkin ibu tidak mahu dan meminta sebarang balasan diatas khidmat yang dicurahkan selama kita hidup, cukup la sekadar menjaganya dengan baik seperti ibu menjaga kita dengan baik sehingga menjadikan kita seperti sekarang. Jasa seorang ibu melebihi segalanya didunia ni, tanpa ibu tidak mungkin kita dapat melihat dunia yang terbentang didepan mata seperti sekarang, mengenal apa itu kegembiraan,  kesedihan, kejayaan, dan kegagalan. 

Bila semakin hari, semakin tua seorang ibu itu, mampukah kita menjaga seorang ibu yang selama ini mendidik, merawat, menjaga, membelai, mencuci, menyuap, dan memicit kita dulu. Mungkin kita akan cakap kita boleh dan sanggup bila persoalan itu diajukan sekarang. Bila tiba pada waktunya ramai yang menolak ibu ke rumah orang2 tua, tiada masa untuk menjenguk ibu di kampung, tiada masa untuk memicit ibu, tiada masa menghantar ibu ke pasar dan membuat ibu bersedih akan kelakuan kita yang buruk.

Bila sudah kehilangannya, baru kita terasa akan fungsi seorang ibu dan merasakan betapa pentingnya seorang ibu dalam hidup kita. 


04/11/2011
SELAMAT HARI LAHIR MAK




 Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya..Amin..

No comments: