SwEEt

Friday, November 4, 2011

November Tiba, Oktober Berlalu

Selamat tinggal wahai bulan Oktober yang memberi satu makna yang belum pasti. Sukar untuk menjawab semua teka-teki yang berlaku didalam kehidupan seharian. Kadang2 teka-teki tersebut senang untuk diramal dan dijangka. Tetapi selalunya memang sukar.

Selamat datang wahai bulan November yang bakal memberi 1001.........
keceriaan, 
kemanisan, 
kegembiraan, 
kesedihan, 
kepahitan, dan
kekecewaan dalam hidup.

Biar lah kita diselubungi dengan pelbagai kemungkinan yang bakal tiba dan terjadi pada masa ini, kerana dengan kemungkinan tersebut membuatkan kita lebih kuat untuk mengharungi pelbagai perkara di hari mendatang. Jika tidak berlaku kemungkinan hari ini, maka tiadalah kemungkinan di hadapan.

Jika ingin menangis hari ini, menangis lah sepuas-puasnya, kerana esok kita sudah boleh bangkit semula dengan azam dan tekad yang baru. Jangan biarkan perasaan sedih dan malu menghantui kita selama-lamanya, kerana perasaan tersebut boleh membuatkan kita jatuh dan tersungkur tanpa kita sedarinya.

Setiap manusia diberi rasa tersebut untuk hidup. Tanpa rasa tersebut tiada makna sebuah kehidupan yang kita lalui ini. Jadi harus menikmatinya sebaik-baiknya selagi ia tidak menjatuhkan diri sendiri.

No comments: