SwEEt

Monday, February 4, 2013

Tamat

Sebulan lebih sudah dicop penganggur terhormat, duduk rumah sambil goyang kaki setelah menghabiskan masa 3 tahun bersamaan 6 semester dengan buku-2, assignment, kuiz, test segala bagai di Terengganu.

Alhamdulillah keputusan pun ok-2 je walaupun sem akhir ni still tak dapat capai AKJ yang semua orang nak. Tapi result tu tak de la luar dari sasaran kepala otak ni. Pejam celik, pejam celik dan sedar tak sedar, aku bukan lagi bergelar sebagai seorang pelajar di Politeknik Hulu Terengganu.

Dalam 3 tahun tu banyak kenangan, pelajaran, ikatan persahabatan yang aku bawa balik. Nak cakap sedih tu memang sedih untuk meninggalkan segala kenangan di belakang yang telah dicipta, dilakar, dan disimpan kemas dalam memori otak sebesar 1000GB. Hargai masa yang ada, sebelum ia pergi untuk selama-lamanya.

Dengan segala bagai dugaan, masalah, sedih, menangis, gembira, ketawa, bahagia yang dihadapi ni semua, baru kita tau apa itu ertinya dan jumpa perkataan sahabat yang sebenarnya. So selepas ni perjalanan hidup masih panjang yang baru bermula dan bukan pengakhiran bagi sesebuah ikatan dan kehidupan. Berusaha untuk masa depan yang baik dan menempuhi cabaran luar yang lebih kuat bagai ombak yang mempunyai pasang surut. Mungkin juga bergelar seorang pelajar untuk ke peringkat seterusnya.


Menuntut ilmu bukan dalam masa 2 3 tahun tapi untuk selama-lamanya. Selagi hidup kita tetap digelar seorang pelajar diatas muka bumi ni.

Kawan Sejati

Kawan, sahabat, rakan, teman atau member ia membawa satu maksud yang sama. Setiap orang pasti mempunyai seorang atau lebih kawan, bergantung kepada diri sendiri yang menginginkan banyak mana kawan. 'more then merrier'. 

Persahabatan yg terjalin perlu wujud keikhlasan, hormat, jujur dan kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih je yg perlu tu semua. Jadi la seorang kawan yg suka,

Meminjam telinga untuk mendengar masalah,
Meminjam mulut untuk memberi nasihat,
Meminjam bahu untuk dijadikan tempat menangis,
Meminjam mata untuk melihat gerak geri mereka.

Bersyukur jika dapat seseorang kawan yg begitu memahami kita. Jangan lah jadi seorang kawan yang suka tikam bertubi-tubi dari belakang dan gunting yang tajam dalam lipatan.

'Berkawan biar beribu, musuh jangan dicari'

Monday, August 27, 2012

Air Mata Kekuatan

Setitik...
Dua titik...
Air mata yang jatuh ia bukan tanda kelemahan diri, tapi ia memberi tanda kekuatan dan kecekalan hati pada masa akan datang. 

Jika ingin menangis, menangis lah semahunya kerana esok tiada lagi air mata yang akan keluar disebabkan penderitaan, kegagalan, atau sebab SESEORANG. Bila aku mampu tersenyum tanpa air mata jangan kau kembali dengan
air mata penyesalan, 
tersenyum memikat, atau 
percakapan manis memujuk. 

Biarlah aku menjadi redha, tabah, ikhlas dan percaya bahawa rezeki, ajal, pertemuan, JODOH telah ditetapkan olehNYA sebaik-baiknya. Bersyukur kerana dugaan yang datang menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya.



' Be Strong because the future is more challenging '

Sunday, June 24, 2012

Wanita Ibarat Sebiji Epal

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi, kerana ia berguguran di tanah. 
Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. 
Susah dipetik, susah digapai. 
Kadang2 epal itu risau, "yang aku belum dipetik?". 
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. 
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. 
Hanya pemuda yang benar2 hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. 
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Illahi mengiringi. 


Terima kasih kawan dengan ayat yang bermakna ni...

Saturday, June 16, 2012

Pencinta Setia

Sukar dipercayai bila cinta terputus ditengah jalan. Bagi sesetengah manusia yang mempunyai perasaan memang ia begitu menyakitkan. Sedih, perit, pedih, dan terluka.

Namun disaat kita mampu untuk melupakan cinta yg lama sambil makan durian berbiji2. Cinta yg lama datang menangih kembali. Macam ketagih la pulak. Bila kesalahan pertama kita masih boleh memaafkan seseorang itu. Kita terima dia seadanya dan sikap yg dulu seperti acuh tk acuh perlu dibuang dan diganti dengan sikap yg lebih matang seperti menukar baju di badan sendiri. Mudah namun sukar.

Setelah kita berusaha untuk menjadi yg terbaik buat dia. Masih juga terputus bagai digunting tali yg mencantumkan antara dua pasangan ni, dengan rakusnya oleh manusia yg tiada perasaan. Usaha yg selama ni untuk berubah juga belum mampu mengikat dengan lebih kuat lagi perhubungan.

Bila difikir2kan semula, dia bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi pasangan kita. Kalau betul dia jodoh kita, dia akan datang semula kepada kita. Buktikan bahawa kita tidak selemah yg mereka sangkakan apabila ditinggalkan.

Kesilapan pertama boleh dimaafkan, 
Kesilapan kedua boleh diperbaiki,
Kesilapan ketiga boleh angkat kaki. 

Jangan sampai tertonggeng sana sini frust la katakan. Ingat bahawa cinta pada Sang Pencipta iaitu Allah s.w.t tk pernah terputus walau sekecil zarah.

Friday, May 18, 2012

Peluang Kedua

Mimpi indah bukan hanya datang sementara, malah ianya mungkin datang setiap kali kita tidur dan mungkin akan menjadi kenyataan dialam realiti. Ya aku akan mengubah ia untuk peluang yang datang untuk kali kedua.

Mungkin sukar tapi aku akan berusaha untuk memperbetulkan segala kekurangan yang ada sebelum ni.
Sesukar mana aku harus lalui dengan lebih bersungguh-sungguh supaya mimpi itu akan menjadi kenyataan.

Peluang kedua yang kita dapat, harus digunakan sebaik-baiknya.

'Second chance make we more appreciate'

Friday, February 24, 2012

Penjaga Hati

Hati.. Bila ia mengatakan ya maka ia tidak akan berpaling kepada yang lain. Akan terus setia menunggu dan terus menunggu sehingga angin membawa perkhabaran bahawa taufan akan hadir di setiap pelosok hidup.

Benci dengan sikap manusia yang tidak mampu menghargai, dan memperbetulkan kesalahan dengan hanya menggunakan perkataan. Percaya atau tidak, menjadi perkara kedua. Perkara utama ialah tanggungjawab sebagai 'penjaga hati', yang perlu sentiasa di dahului walaupun hakikatnya tanggungjawab tu hanya sekecil zarah.

Tidak perlu menabur berjuta janji, jika tidak mahu menjadi seorang penipu. Tetapi kesalahan sepenuhnya bukan la terletak sepenuhnya pada kau manusia. Tapi kerana sudah berjanji, maka kesalahannya tetap pada kau.

Mimpi itu indah namun tak mungkin ia hadir di alam realiti selain berusaha menggenggamnya dengan kuat hanya di minda.