Wednesday, November 9, 2011
Sunday, November 6, 2011
Selamat Ulangtahun Sayang
Seorang ibu membesarkan 4 orang anak yang mengharapkan anaknya itu dapat menjaganya di usia tua kelak. Satu pengharapan yang tinggi terhadap anak2nya. Mungkin ibu tidak mahu dan meminta sebarang balasan diatas khidmat yang dicurahkan selama kita hidup, cukup la sekadar menjaganya dengan baik seperti ibu menjaga kita dengan baik sehingga menjadikan kita seperti sekarang. Jasa seorang ibu melebihi segalanya didunia ni, tanpa ibu tidak mungkin kita dapat melihat dunia yang terbentang didepan mata seperti sekarang, mengenal apa itu kegembiraan, kesedihan, kejayaan, dan kegagalan.
Bila semakin hari, semakin tua seorang ibu itu, mampukah kita menjaga seorang ibu yang selama ini mendidik, merawat, menjaga, membelai, mencuci, menyuap, dan memicit kita dulu. Mungkin kita akan cakap kita boleh dan sanggup bila persoalan itu diajukan sekarang. Bila tiba pada waktunya ramai yang menolak ibu ke rumah orang2 tua, tiada masa untuk menjenguk ibu di kampung, tiada masa untuk memicit ibu, tiada masa menghantar ibu ke pasar dan membuat ibu bersedih akan kelakuan kita yang buruk.
Bila sudah kehilangannya, baru kita terasa akan fungsi seorang ibu dan merasakan betapa pentingnya seorang ibu dalam hidup kita.
04/11/2011
SELAMAT HARI LAHIR MAK
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya..Amin..
Friday, November 4, 2011
November Tiba, Oktober Berlalu
Selamat tinggal wahai bulan Oktober yang memberi satu makna yang belum pasti. Sukar untuk menjawab semua teka-teki yang berlaku didalam kehidupan seharian. Kadang2 teka-teki tersebut senang untuk diramal dan dijangka. Tetapi selalunya memang sukar.
Selamat datang wahai bulan November yang bakal memberi 1001.........
keceriaan,
kemanisan,
kegembiraan,
kesedihan,
kepahitan, dan
kekecewaan dalam hidup.
Biar lah kita diselubungi dengan pelbagai kemungkinan yang bakal tiba dan terjadi pada masa ini, kerana dengan kemungkinan tersebut membuatkan kita lebih kuat untuk mengharungi pelbagai perkara di hari mendatang. Jika tidak berlaku kemungkinan hari ini, maka tiadalah kemungkinan di hadapan.
Jika ingin menangis hari ini, menangis lah sepuas-puasnya, kerana esok kita sudah boleh bangkit semula dengan azam dan tekad yang baru. Jangan biarkan perasaan sedih dan malu menghantui kita selama-lamanya, kerana perasaan tersebut boleh membuatkan kita jatuh dan tersungkur tanpa kita sedarinya.
Setiap manusia diberi rasa tersebut untuk hidup. Tanpa rasa tersebut tiada makna sebuah kehidupan yang kita lalui ini. Jadi harus menikmatinya sebaik-baiknya selagi ia tidak menjatuhkan diri sendiri.