SwEEt

Monday, October 31, 2011

Mereka Kahwin, Kami Bergambar

Bersyukur

Selamat sudah seorang lagi saudara aku mendirikan satu masjid impian mereka. Tarikh 29/10/2011 ialah majlis menyambut menantu bagi pihak lelaki iaitu pihak belah aku. First time pakai baju sedondon satu family besar. Tapi ada jugak yang tak sedondon. sebab munasababnye baju yang buat dah tak muat nk pakai. Al-maklum la baju tempah berbulan2 lamanye, mana nak muatnya baju tu kat badankan. Dengan hari raya, senang hati, melahirkn baby lagi, mana la tak naik badankan. Nasib baik la badan aku maintain. hahaha... ataupun makin mengecil. Itu aku tak pasti.

Now, berusaha untuk menaikkan berat badan dengan pelbagai kaedah dan strategi yang baru lebih efisyen dan mudah. Tension kot selalu org ckp makin kurus n makin kecik. Ke diorg yg makin besar. Mungkin dengan cara2 ni boleh tolong.

1. Selalu membuat senaman sehari dalam seminggu atau workout
2. Makan makanan yang berprotein tinggi
3. Tidur yang cukup
4. Makan secara teratur
5. Mengambil suplement tambahan atau minum susu
dan paling penting.......
6. Terima lah diri sendiri seadanya.

Berbangga dan bersyukur dengan tubuh badan yang sihat itu lebih penting. Asalkan hati senang dan gembira.

Thursday, October 27, 2011

Rentak & Ritma Hati

Sehari, Seminggu, Sebulan, Setahun... masih ada kah  ruang waktu untuk diri sendiri berfikir untuk mendapat yang terbaik dalam hidup. 

Jangan terlalu percaya dan yakin apa yang kita ada dan dapat hari ni akan berkekalan sampai bila2. Harus ingat hati punya rentak dan ritma yang berbeza2 setiap saat. Hari ini kita berjaya menaklukinya kerana kita tahu rentaknya tapi akan datang rentaknya susah dikawal dan dijangka. Jika kita bijak mengawalnya maka bolehlah bersorak riang. Tapi jika gagal mengawal rentak dan ritma hati tersebut maka harus akur kita bukan lah pemain yang baik. Harus berusaha lebih gigih lagi untuk memahami dan mempelajari rentak tersebut dan jangan cepat mengalah dan jatuh. Berusahalah untuk menjadi seorang pemain yang baik. Mungkin hari ini gagal, tapi bukan selamanya kita gagal dalam menguasai ilmu hati. 

Apa yang telah tersurat itu lah hak kita yang pasti. Tidak perlu menyerahkan segalanya selagi hak itu bukan milik mutlak kita yang pasti.




Monday, October 24, 2011

Masa Depan

Pernah tk kita terpikir dalam hidup kita sebelum nie, kita akan menjadi sepertimana yang kita ada sekarang, dan sekarang pernah tk kita terpikir apa yang akan kita ada dimasa akan datang? Susahkan nk menjangkau masa. Tp kita blh tawan masa dengan berusaha mencipta satu demi satu yang kita inginkan untuk masa depan.

Harus jujur pada diri sendiri
Harus percaya dengan kebolehan diri
Harus bijak untuk menilai
Harus kuat dan berani untuk bertahan dalam apa jua rintangan
Harus memaafkan kesilapan orang lain
Harus berdoa untuk diberi jalan yg lurus
dan...
Harus bertawakal dengan segala apa yang diusahakan...

Sunday, October 9, 2011

Boneka

Berusaha untuk menjadi seorang yg sempurna dimata orang lain. Tapi setiap yg diusahakan tiada seorang pn yg menghargainya.

Semakin berusaha untuk menjauhi dari segala2 yg berlaku. Semakin ia menghampiri dan memberi sesuatu yang sukar diramal oleh minda dan suatu pengharapan yang sia2.

Adakah suatu penantian yang ditunggu, berbaloi2 atau hanya sekadar angin lalu menyapa dan menghilang.



Susah nk faham perangai orang.. Orang pn susah nk faham perangai kita.

Sunday, October 2, 2011

Kenikmatan Hidup

Dunia yang terbentang di depan mata, harus diterokai sebaik-baiknya. Gunakan akal dan fikiran yang dicipta untuk berfikir baik dan buruk sesuatu. Jangan sia-siakan masa yang ada untuk menikmati.....

Setiap Saat Waktu Berputar 
Setiap ruang kebahagian
Setiap inci kesedihan
Setiap sudut kejayaan
Setiap hasta kegagalan

Setiap apa yang kita nikmati ini, bakal menjadikan kita manusia yang kuat, tabah, cekal dan sentiasa positif dalam setiap kehidupan yang bakal kita hadapi.

Saturday, October 1, 2011

Mencari Erti Sebuah Kehidupan

Alhamdulillah hujan rahmat turun menunjukkan diri yg sebelum ni bersembunyi di sebalik awan.
Berdiam diri, menyepi, dan menghilang bkn la jalan penyelesaian dari sesebuah masalah. Hadapi dan terus hadapinya walaupun bakal menerima kesakitan. 

Tetapi berdiam diri, menghilang, dan menyepi juga bukanlah bermakna tewas tapi......
Mencari identiti diri,
Mencari sebuah mimpi di alam realiti.