SwEEt

Saturday, January 14, 2012

Mungkinkah Tahun Baru?

Selamat tahun baru 2012. Untuk tahun yang tidak mempunyai sebarang azam atau impian melainkan untuk mengenggam dan mencapai kejayaan buat tahun terakhir di negeri Terengganu.

Tahun baru yang merubah seseorang menjadi lebih matang bersesuaian dengan usia dan angka yang semakin bertambah.

Diari 2011 harus ditutup dan jadikan ia sebuah kenangan yang indah walaupun ada sebahagian kenangan itu menyakitkan yang mampu mengoyakkan sekeping hati yang terlalu unik dan indah. Kerana hati tidak dapat dilihat dan disentuh namun ia boleh dirasai oleh perasaan.

Jika diari 2011 tidak mampu untuk mengengam sebarang realiti yang berpaksikan impian, cuba realisasikan ia menjadi sebuah kenyataan pada tahun 2012 yang mungkin menjadikan kita lebih cerah dan ceria dengan warna kehidupan yang lebih terang.

No comments: