SwEEt

Friday, January 20, 2012

Life Is Full Of Sorrow

Hari-hari yang dilalui hampir sama setiap hari. Tiada perubahan, perlukan sokongan untuk terus bertahan dengan ribut yang melanda dalam jiwa.

Perlu mencari sokongan itu untuk berpaut menyelamatkn diri dari dipukul badai yang mengila. 

Perlukan kekuatan dan minda yang kuat untuk mengingati setiap saat kenangan yang berjalan dibelakang untuk menggebalkan diri dengan segala rasa. 

Kau aku adakah kita sama dan saling memahami, mempercayai, jujur, dan setia?

Walaupun aku sendiri, aku perlu berdiri teguh pada paksi yang berlandaskan kekuatan.

Saturday, January 14, 2012

Mungkinkah Tahun Baru?

Selamat tahun baru 2012. Untuk tahun yang tidak mempunyai sebarang azam atau impian melainkan untuk mengenggam dan mencapai kejayaan buat tahun terakhir di negeri Terengganu.

Tahun baru yang merubah seseorang menjadi lebih matang bersesuaian dengan usia dan angka yang semakin bertambah.

Diari 2011 harus ditutup dan jadikan ia sebuah kenangan yang indah walaupun ada sebahagian kenangan itu menyakitkan yang mampu mengoyakkan sekeping hati yang terlalu unik dan indah. Kerana hati tidak dapat dilihat dan disentuh namun ia boleh dirasai oleh perasaan.

Jika diari 2011 tidak mampu untuk mengengam sebarang realiti yang berpaksikan impian, cuba realisasikan ia menjadi sebuah kenyataan pada tahun 2012 yang mungkin menjadikan kita lebih cerah dan ceria dengan warna kehidupan yang lebih terang.