SwEEt

Saturday, January 15, 2011

Vibrate Misteri

Assalamualaikum.
 Entry yg seterusnya ni pula berbaur-baur misteri sedikit.
 misteri apa?

 Hari ini cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Biasala cuti-cuti mcm ni nak buat apa lagi, kalau bukan online.. sekaligus menyumbang kepada kerabunan. hehe..
 Orang cakap, sesiapa yang rabun dan bercermin mata mencerminkan kepandaian seseorang itu. Maknanya aku tergolong dalam golongan orang yang bijak pandai la. Tapi yang musykilnya aku ni pandai ke....aku rasa tak pun, buktinya aku tk pernah pun dapat Anugerah Ketua Jabatan macam kawan-kawan aku yang lain.....
 Mungkin hanya tanggapan orang sahaja. Ye lah orang yang bercermin mata ni lebih nampak nerd skit kot, dan kuat study,sebab tu la rabun....(Fakta or Auta).  : ) Jawapannya : mengarut lebih...hehe.
 Ok berbalik kepada story yang asal, kebiasaan cuti hujung minggu sentiasa dinantikan oleh housemate aku semua, al-maklum la dorang boleh balik, yela rumah masing-masing dekat.. senang la.
 Hanya aku dan beberapa orang housemate aku saja yang tinggal.
 Roommate pula aku dan kawan aku saja yang tinggal maknanya 2 orang la yang ada. Nak dijadikan cerita, tengah syok2 online terdengar plak bunyi VIBRATE PHONE. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku...
 Aku ingat phone dia yang bergetar, malangnya tidak.
 Bukan sekali tu je,
 rupanya baru aku perasan dah banyak kali dan beberapa hari aku dan kawan aku terdengar bunyi yang sama didalam bilik aku. Yang peliknya bila kami cari dimana datangnya bunyi tersebut...hampa. Tk ada pn.
Actually...
 Bukan hampa,
tapi bertambah keseraman didalam diri, dh la aku ni jenis yg 'penyengan' dengan cerita2 yang misteri cam ni.
 Bermakna malam ni aku terpaksa menyewa tidur disebelah kawan aku la nampaknya.
 Menyewa tanpa membayar.
 Kalau dia tak bg tidur kt sebelah dia pn aku tetap nak tidur juga. Huhu.....Itulah serba sedikit cerita misteri untuk kali ini. 
Tak tau la sesiapa yang membacanya menganggap cerita tu tak seram tapi bagi aku ianya tetap seram dan membawa kepada ketakutan...

"Usah Biarkan Hidup Anda Diselubungi Vibrate Misteri............."
Note : tk berani nak tinggal dalam bilik sorang2 dah.

4 comments:

aretyrah said...

sya dh taw ape mstri 2..
huhuuhuh

Unknown said...

Apa misteri tu aretyrah?

Unknown said...

Apa misteri tu aretyrah?

Unknown said...

Sebenarnya kes saudara sama dgn saya. saya selalu dgr bunyi vibrate. bila tgk phone bkn dr phone sya. tp dgr vibrate dr hjung katil tepi locker. smpai skrg sya tak tawu itu bunyi dtg dr bnde apa. satu msa tu housemate sya dtg bilik. dia dgr bunyi vibrate dia ckp kt saya bunyi phone kau ke. pstu sya ckp takk, sbb aku tgh pgg phone skrg. lpstu suma diam. smpai skrg misteri.