SwEEt

Friday, February 24, 2012

Penjaga Hati

Hati.. Bila ia mengatakan ya maka ia tidak akan berpaling kepada yang lain. Akan terus setia menunggu dan terus menunggu sehingga angin membawa perkhabaran bahawa taufan akan hadir di setiap pelosok hidup.

Benci dengan sikap manusia yang tidak mampu menghargai, dan memperbetulkan kesalahan dengan hanya menggunakan perkataan. Percaya atau tidak, menjadi perkara kedua. Perkara utama ialah tanggungjawab sebagai 'penjaga hati', yang perlu sentiasa di dahului walaupun hakikatnya tanggungjawab tu hanya sekecil zarah.

Tidak perlu menabur berjuta janji, jika tidak mahu menjadi seorang penipu. Tetapi kesalahan sepenuhnya bukan la terletak sepenuhnya pada kau manusia. Tapi kerana sudah berjanji, maka kesalahannya tetap pada kau.

Mimpi itu indah namun tak mungkin ia hadir di alam realiti selain berusaha menggenggamnya dengan kuat hanya di minda.

Thursday, February 2, 2012

Muka Buku

Sekarang kau sudah berjaya dalam hidup. Yang dahulunya kau terjatuh menyembah bumi sehingga tiada tempat untuk berpaut dan sekarang kau telah bangun membuktikan kepada diri sendiri yang kau mampu hidup selesa dan dapat menjamin masa depan yang lebih cerah seperti orang lain. Kau dahulu seorang yang biasa-biasa sahaja dan sekarang kau menjadi seorang yang mampu dihormati oleh orang lain dan telah mempunyai tempat untuk berpaut dan berteduh.

Walaupun aku bukan siapa-siapa namun aku turut bersyukur,
Walaupun aku bukan siapa-siapa namun aku turut berbangga,
Walaupun aku bukan siapa-siapa namun aku turut tersenyum, 
Walaupun aku bukan siapa-siapa namun aku turut gembira,
Atas apa yang kau dapat hari ini. 
Walaupun aku hanya mampu memandang dari jauh.


Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau telah memberi dia kesenangan.


Wednesday, February 1, 2012

Manusia Memang Tidak Pernah Puas

Bila kau suka orang tu, kau bermulut manis, kau agungkan, kau puji, selalu menunjukkan diri.

Bila kau dah benci orang tu, kau sumpah seranah, kau keji , kau kutuk, kau menghilangkan diri.

Manusia memang tidak mengaku kesalahan dan tidak menganggap satu nasihat yang diberikan adalah untuk kebaikan tetapi untuk menjatuhkan. Manusia sebegini selalu menganggap diri mereka selalu betul, bagus, pandai tetapi hakikatnya mereka lebih teruk dari orang yang dikeji dan hati mereka lebih busuk. 

Bersihkan hati yang selama ini penuh dengan kebencian dengan selalu memaafkan orang lain, terima nasihat yang diberikan dan mendoakan kebaikan setiap manusia. Dengan melakukan segala perkara tersebut hati akan lebih tenang dan orang lain akan hormat kita walaupun hakikatnya kita bukan sesiapa.

Belajar memaafkan orang lain lebih baik dari membenci.