SwEEt

Friday, September 2, 2011

Merdeka Raya

Assalamualaikum...
Sungguh bertuah kita tahun ni kn dapat menyambut 2 sambutan sekali gus.

PERTAMA
Sambutan Hari Raya
First of all, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua. Raya tahun ni rasanye tidak la semeriah tahun2 lepas. Kalau nk cakap meriah tu, meriah lagi masa2 kecik dulu kn. Rindu pulak rasa masa kecik2 berhingus dulu, punya semangat bangun pagi2 tu pn mak yg kejutkn. Mana tknya nk menunggu giliran mandi tu dh berapa jam kn. Yela sanak saudara ramai kemain kena la tunggu beratur dn bersusun kt tepi tangga masing2 menunggu giliran. Dah wangi2 tu pakai baju raye yang sedondon dengan adik, memang dulu selalu mak beli sama je. Kalau dulu tu memang terasa diri paling cantik dan lawa la dari semua orang. Siap bersalam dengan semua get ready ke rumah kawan. Paling suka dapat duit raya la kn, sanggup berjalan satu kampung untuk kutip duit raya. Suasana dulu dengan sekarang jauh berbeza. Walaupun sekarang still dapat duit raya.  = ). Tak terasa nikmat beraya pun kalau sekarang ni. Tapi pape pn tetap bersyukur dan seronok dapat menyambut raya dengan keluarga tercinta.  

KEDUA
Sambutan Hari Merdeka
Juga nk ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Tahun ni sambutannya tidak la semeriah tahun2 lepas. Sebab 31Ogos jatuh pada hari raya ke2, makanya sambutan ni tersembunyi disebalik kemeriahan berhari raya. Tapi rasanya semua masih mengingati tarikh penting ni dan perjuangan hero2 kita untuk mendapat dan mempertahankn kebebasan tanah tumpah darah kita ni. Sungguh berbangga dan bersyukur dapat dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai berbanding negara2 lain yang lebih teruk lagi. Malaysia juga sungguh unik kerana kita hidup dalam satu bumbung yang berbilang bangsa dan agama. Kalau boleh semua orang haruslah menghargai hero2 kita yang berhempas pulas mendapatkan kebebasan untuk kita. Jadi haruslah mempertahankan bumi, diri, minda dari dijajah lagi. Merdeka...Merdeka...Merdeka...


TataTitiTutu ^ ^