SwEEt

Friday, August 19, 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Hari ni Ramadan yang ke19, pejam celik pejam celik dah nk dekat raya kan. Cepat masa berlalu meninggalkn kita yang masih terhegeh2 mengejar dibelakang untuk mendapatkn apa yg dicari didunia dan yg kekal abadi, akhirat sana. Apa yg dilakukan setiap hari semua dinilai baik atau buruk. Semua perancangan kita telah ditentukan sebaik-sebaiknya oleh Dia. So harus la bersyukur apa yang kita ada hari ni.

 Kisah benar :
 'Ibu nanti ada ke orang nak sembahyangkan jenazah adik'
 ' Insyallah mesti ada adikkn anak yang baik'
'Ibu adik takut nk tengok malaikat maut'

Kata2 tu saya masih ingat sampai sekarang. Walaupun dh lebih 4bulan Allahyarhamah meninggalkn dunia. Dari pandangan saya, Allahyarhamah seorang insan dan anak yang solehah, baik budi pekerti dan tutur bahasa.

Tengah bersiap2 untuk ke tempat praktikal pagi tadi, terdengar wawancara di Tv yang menyatakan seseorang yang mengingati mati merupakan seseorang yang cerdik dan pandai. Contohnya kebanyakan orang cina ramai yang mengingati mati dengan dorang akan spendtime duit untuk membeli tanah kubur mereka yang mahal. Tapi saya rasa, kita juga masih mengingati mati cuma kadang2 terlupa. 

Saya tidak la sebaik mana tapi berusaha untuk kearah kebaikan. Moga2 diberi jalan yg lurus, hati yg tenang dan dipermudahkn segala urusan buat saya, keluarga, kawan2 dan semua.

p/s : Bila pula giliran kita akan pulang?

TataTitiTutu ^ ^


Monday, August 8, 2011

Tips Diet Plus Berhenti Merokok

Assalamualaikum..
Hai semua. Aduh.. tekak ni melambai-lambai minta dibasahkn dengan air sejuk dalam peti sejuk tu kalau tk pn, air tk sejuk  pn jadi la. Dasar tekak tk tau yg hari ni puasa. Nk tk nk kena la tunggu waktu berbuka nnt. Buat masa sekarang jadi santapan mata je la ye tekak.


Seperti yg kita tau bulan ramadan banyak kelebihannya. Salah satunya ialah diet yg paling berkesan. Kalau bulan biasa tu boleh fikir2 lagi nk diet ke tk, tapi bulan ni memang dikerahkan semua berdiet rajin ke malas. Jadinya boleh la semua mendapat bentuk badan yg ideal. Tapi kalau badan yg memang slim molek macam Ejan ni nampak gayanya tinggal tulang la jawabnya.

Kepada majoriti kaum adam tu boleh la berlatih mengurangkn menghisap rokok atau lebih baik berhenti terus. Menurut kajian setiap sedutan membawa maut. Bukan saja kepada si perokok, malah lebih teruk lagi kepada si penghidu. Rasanya kebanyakan orang dah tau kn tentang fakta tu. Bukan sahaja dapat mengurangkan penyakit, nafas dan mulut juga akan sentiasa segar dan nyaman tanpa pencemaran.

Untungkan..Banyak betul kelebihan bulan ni. Korang semua boleh la menjadi lebih sihat, kuat dan cerdas untuk mintak duit raya nanti.

TataTitiTutu ^ ^

Sunday, August 7, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Hari ni dh 7hari berpuasa, belum terlambat lagi nk ucapkan "Selamat Berpuasa". Alhamdulillah kerana masih diberi keizinan untuk merasai bulan yg cukup mulia dan penuh dengan keberkatan. Marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran yg telah dijanjikan sementara masih ada waktu.

Kepada semua dan juga kepada diri sendiri jangan la menjadikan bulan ini sebagai alasan untuk bermalas-malasan.


Tingkatkan prestasi kecerdasan anda dengan
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.




 Perbanyakkan sedekah.
Senyuman juga merupakan sedekah yg paling manis dan boleh mengubati hati orang lain.

 

TataTitiTutu ^ ^