SwEEt

Tuesday, January 18, 2011

Misteri Terungkai

Assalamualaikum
 Entry seterusnya ni menjawab persoalan dari entry yang lepas iaitu 'Vibrate Misteri'. 
So, kiranya sambungan dari entry sebelum ni la. 
Macam mana ianya terungkai? 

Macam ni ceritanya,
Vibrate Misteri tu datangnya dari seutas jam yang bernama Casio dan berwarna putih. 
Pemilik jam tersebut iaitu kawan aku.
Dia baru teringat yang jam tu memang bervibrate setiap sejam sekali. Kiranya jam tu boleh dikatakan canggih la jg dari jam2 yang lain. 
(Jangan la dia bangga dengan kenyataan aku ni...hehe)
Dia beli jam tu dengan duit gaji dia.. Menurut katanya... jam tu, jam termahal pernah dia beli dalam RM100 lebih jg kot. 
Sampai kena marah dek mak kerana beli jam semahal itu.
So, lepas ni tak ada la nak seram sejuk lagi dan mencari2 bunyi VIBRATE MISTERI tu lagi.. 
Selamat....

ni la jam yang misteri tu


Note : dah tak takut nak masuk bilik sorang2...

Saturday, January 15, 2011

Vibrate Misteri

Assalamualaikum.
 Entry yg seterusnya ni pula berbaur-baur misteri sedikit.
 misteri apa?

 Hari ini cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Biasala cuti-cuti mcm ni nak buat apa lagi, kalau bukan online.. sekaligus menyumbang kepada kerabunan. hehe..
 Orang cakap, sesiapa yang rabun dan bercermin mata mencerminkan kepandaian seseorang itu. Maknanya aku tergolong dalam golongan orang yang bijak pandai la. Tapi yang musykilnya aku ni pandai ke....aku rasa tak pun, buktinya aku tk pernah pun dapat Anugerah Ketua Jabatan macam kawan-kawan aku yang lain.....
 Mungkin hanya tanggapan orang sahaja. Ye lah orang yang bercermin mata ni lebih nampak nerd skit kot, dan kuat study,sebab tu la rabun....(Fakta or Auta).  : ) Jawapannya : mengarut lebih...hehe.
 Ok berbalik kepada story yang asal, kebiasaan cuti hujung minggu sentiasa dinantikan oleh housemate aku semua, al-maklum la dorang boleh balik, yela rumah masing-masing dekat.. senang la.
 Hanya aku dan beberapa orang housemate aku saja yang tinggal.
 Roommate pula aku dan kawan aku saja yang tinggal maknanya 2 orang la yang ada. Nak dijadikan cerita, tengah syok2 online terdengar plak bunyi VIBRATE PHONE. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku...
 Aku ingat phone dia yang bergetar, malangnya tidak.
 Bukan sekali tu je,
 rupanya baru aku perasan dah banyak kali dan beberapa hari aku dan kawan aku terdengar bunyi yang sama didalam bilik aku. Yang peliknya bila kami cari dimana datangnya bunyi tersebut...hampa. Tk ada pn.
Actually...
 Bukan hampa,
tapi bertambah keseraman didalam diri, dh la aku ni jenis yg 'penyengan' dengan cerita2 yang misteri cam ni.
 Bermakna malam ni aku terpaksa menyewa tidur disebelah kawan aku la nampaknya.
 Menyewa tanpa membayar.
 Kalau dia tak bg tidur kt sebelah dia pn aku tetap nak tidur juga. Huhu.....Itulah serba sedikit cerita misteri untuk kali ini. 
Tak tau la sesiapa yang membacanya menganggap cerita tu tak seram tapi bagi aku ianya tetap seram dan membawa kepada ketakutan...

"Usah Biarkan Hidup Anda Diselubungi Vibrate Misteri............."
Note : tk berani nak tinggal dalam bilik sorang2 dah.

Thursday, January 13, 2011

Budak Baru Belajar

Assalamualaikum.
Kepada semua yang membaca,
tk tau la kan ada ke tk yg sudi membaca entry dan melawat blog ni yg boleh dikatakan baru la jg.
Walaupun blog ni dah lama sign in just tk ada entry je yg menarik untuk di tulis. 
Memandangkan ada gesaan dari pihak tertentu yang memaksa  menulis sesuatu di blog ni (paksa ke..? rasanya tk. hehe...). Pihak tertentu tu sebenarnya kawan aku, dorang la yg menyuruh aku untuk aktif menulis dalam blog ni.
Bukan apa sebenarnya untuk menulis dalam entry ni memerlukan idea, kekreatiffan ayat dan mempunyai jari-jari yang rajin dan aktif untuk menaip..betul tak....? 
Tapi atas gesaan tu maka terhasil la entry pembukaan ni. Terima kasih kawan-kawan kerana kamu semua saya berjaya menulis sesuatu diblog ni.
Harap2 lepas ni ada lagi la entry untuk ditulis. INSYALLAH. 
Lastly..........
Bak kata pantun dulu-dulu,
"Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan"